Akaun globalummah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Upah Haji My Global Ummah

My Global Ummah menawarkan 2 jenis Upah Haji dengan butiran berikut :

1) Pakej Gold RM3700 :

  • 1x Haji oleh pembadal yang berpengalaman dan amanah
  • Kurma Ajwa 'Aliyah 250g
  • Sijil Badal Haji oleh My Global Ummah
  • Sejadah dari Madinah
  • Senaskah Al-Quran
  • Bag Kanvas My Qurban
  • Qurban seekor kambing di Makkah Al-Mukarramah PERCUMA!

1) Pakej Silver RM3100 :

  • 1x Haji oleh pembadal yang berpengalaman dan amanah
  • Kurma Ajwa 'Aliyah 250g
  • Sijil Badal Haji oleh My Global Ummah
  • Senaskah Al-Quran
  • Bag Kanvas My Qurban


Mengapa anda perlu memilih perkhidmatan My Global Ummah adalah kerana kelebihan tersebut :

  • Pengalaman pengurusan Upah Haji selama 13 tahun
  • Perkhidmatan yang mudah dan cepat dengan pegawai terlatih
  • Sistem pendaftaran mudah melalui online bila-bila masa

Mudahnya mendaftar Upah Haji bersama My Global Ummah. Ikut 3 langkah mudah di bawah :

1. Pilih pakej Upah Haji anda.
2. Daftar pakej Upah Haji beserta butiran diri peserta.
3. Lakukan pembayaran secara online.

Kemudian tunggu respon daripada kami untuk pengesahan penyertaan anda dalam tempoh 48 jam. InsyaAllah. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh terus berhubung dengan kami :

Walk in terus ke Ibu Pejabat ( sila buat temujanji )

No 310B Lorong Kedah,

Taman Melawati. 53100, Kuala

Lumpur

Lebih mudah klik sahaja link whatsapp berikut : http://www.wasap.my/+601155096515 

Website: https://www.pejuangusahawan.com/ 


Mengapa ibadah haji begitu penting?

Ianya bermula di zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ketika baginda berdua tinggal di Makkah. Allah telah memerintahkan baginda berdua supaya membina Kaabah sebagai tempat beribadat. Maka dengan kepayahan dan kesabaran mereka menurut perintah Allah itu. Kemudian dengan perintah Allah juga Nabi Ibrahim menyeru manusia untuk datang beribadat di Kaabah. Firman Allah di dalam surah al-Hajj ayat 27-29 :

وَأَذِّن فِى ٱلنَّاسِ بِٱلۡحَجِّ يَأۡتُوكَ رِجَالاً۬ وَعَلَىٰ ڪُلِّ ضَامِرٍ۬ يَأۡتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ۬ (٢٧) لِّيَشۡهَدُواْ مَنَـٰفِعَ لَهُمۡ وَيَذۡڪُرُواْ ٱسۡمَ ٱللَّهِ فِىٓ أَيَّامٍ۬ مَّعۡلُومَـٰتٍ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّنۢ بَهِيمَةِ ٱلۡأَنۡعَـٰمِ‌ۖ فَكُلُواْ مِنۡہَا وَأَطۡعِمُواْ ٱلۡبَآٮِٕسَ ٱلۡفَقِيرَ (٢٨) ثُمَّ لۡيَقۡضُواْ تَفَثَهُمۡ وَلۡيُوفُواْ نُذُورَهُمۡ وَلۡيَطَّوَّفُواْ بِٱلۡبَيۡتِ ٱلۡعَتِيقِ (٢٩)

Dan serulah kepada manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki, dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh : 27